05 February 2011

Langkah Sulung...

lima hari lagi aku kan berangkat ke Kota Kinabalu Sabah bagi memulakan tanggungjawab ku sebagai seorang pendidik. Aku telah ditempatkan di sebuah sekolah kebangsaan yang terletak di Daerah Nabawan di negeri Sabah. Tidak ku sangka gurauan yang sering dimainkan oleh rakan-rakan ku yang mengatakan aku akan ditempatkan di seberang laut menjadi kenyataan. masih ku ingat seorang rakan ku bergurau menyatakan "kau jangan yakin sangat dapat duduk kat johor nie..jangan2 kau ikut aku skali pegi sabah tu...".kini ia benar2 menjadi kenyataan.

kini, aku sibuk menguruskan persiapan untuk kesana. segala keperluan-keperluan cuba aku penuhi. tiga hari lepas dengan bertemankan ibu ku, aku telah menguruskan Pasport Antarabangsa untuk melancarkan perjalanan ku kelak. aku turut telah menguruskan permohonan KWSP ku serta mendapatkan pengesahan daripada bank. keperluan-keperluan lain seperti pakaianku, peralatan lain turut aku telah sediakan. Kini aku hanya memanti ketika (9/2/2011, 09.20 a.m, penerbangan Mas airlines MH2612) untuk berangkat dari KLIA ke Kota Kinabalu Sabah. di hujung penjuru bilik ku kelihatan 2 buah beg yang telah tersedia untuk disandang dan disorong..hm..berat langkah ku mengatasi berat2 beg berkenaan...

bermain-main dibenak ku megenai suasana serta persekitaran di sana kelak. bagaimanakah penerimaan orang2 disana terhadapku? mampukah aku menempuhi cabaran2 disana? tabahkah aku seorang diri disana? bermacam-macam perkara yang berputar2 difikiran ku..semakin ku fikir..semakin banyak yang menggangu. kulihat wajah tenang ayah ku, ku lihat wajah seperti sedih didalam tertawa ibuku, ku lihat wajah adik2 ku, ku lihat wajah teman ku, mereka semua sedih dengan takdir yang telah ditentukan ini. Harapan ku mereka tabah serta redha kerana mereka adalah kekuatanku.

aku sedar perjuangan seorang guru di pendalaman amat berbeza dengan guru yang berada di bandar. baik dari segi mental, fizikal mahupun sosioekonomi turut mempunyai jurang yg berbeza. aku berazam untuk menjadikan kekurangan disana kelak sebagai titik permulaan kejayaan aku seorang guru.

doakan segalanya berjalan seperti yang dirancang. Moga kejayaan milikku..Amin...